Hi

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca blog ini.

Benda-benda yg wajib ada dalam filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.

Berikut adalah antara ciri-ciri Drama/Filem Melayu


1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished.
Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home
work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).

3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING,tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog
wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan
ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau
lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab
atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak
pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar,
tutup pintu pagar.

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah
sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).

9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan
pakai bracelet.

10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina.

1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan
kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah
lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam
filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling
mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air
paip.


Drama/Filem India / Hindustan .

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh
orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor
Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang
dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri
melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan
Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan
tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu
kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu
lagu.

8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh
' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla....bla....bla...'.

10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik
ramai plak yang tunggu sampai abih.

Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem.anda boleh tambah dalam ruangan komen jika anda tahu ciri ciri yang lain....ni ada kat blog apa ntah..

mee n bihun

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, "Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.

Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; "Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!" hehe

ni kawan aku bagi~nurul smk

main redah je

Kat bawah nii ada satu kisah merapu yang aku ambik kat blog lain. (sesuka hati aku je). Cerita dia gini...

Sebagai seorang kakitangan kerajaan... bila hari jemaat saja aku suka
balik rumah.. pasal masa rehat dia panjang. Tapi hari Jemaat tu hujan
dengan lebatnya... So. Aku tumpang officemate aku sampai depan
rumah. Rumah aku ni berbukit sikit... Sebelum turun.. akak tu janji nak ambil aku pukul 2.30 petang...

Hujan kat luar masih lagi lebat... jam hampir ke 2.30 petang.. aku
mandi dan sembahyang.... lepas tu bersiap siap tunggu akak tadi datang
ambil aku. Jam dah pukul 2.35 aku dah risau.. mana akak ni.. tak sampai
sampai lagi...office masuk pukul 2.45 petang.

Tunggu punya tunggu.. hah.. yang dinanti sudah pun tiba!!!! kereta
proton warna cokelat matelik pun berenti kat depan rumah aku. Hujan
punyerlah lebat... so aku ambil surat kabo lipat tebal tebal takut
tudung aku basah...lepas kunci pintu.. aku terus berlari turun...
pasal rumah aku berbukit.. aku kena berlari hati hati..

Sampai saja kat kereta... aku tak tunggu lagi.. terus bukak pintu dan
duduk kat tempat sebelah pemandu.. Tapi Kenapa akak tu tak jalan.
Aku toleh kat sebelah... lah... rupanya orang lain!!!! Aku tengok orang
tu.. orang tu tengok aku.... Mulut orang tu siap ternganga lagi...

Ish... siapa ni?! bagaimana aku boleh silap ni... habis tu.. kat luar
ujan lebat.. takkan aku nak keluar.. aku dengan muka macam kerang
busuk berkata,"Err.. bang boleh tulung hantar kat UTM tak?"

Abang tu pun... tak jawap apa-apa agaknya pasal masih tergamam lagi..
terus angguk.

Sepanjang perjalanan aku diam... abang tu pun diam... masing masing
masih gabra lagi.. Aku lagi lah gabra. EnTah kereta sapa saja aku main
redah. Aku malu.. bengang.. rasa muka aku dah di tepek-tepek dengan
taik... Aku berdoa semoga aku pengsan masa tu.. tapi sayang.. aku tak
pengsan pun.

Bila sampai kat destinasi... aku pun turun... lepas ucap terima kasih.
Sampai kat opis aku tunggu kakak yang sepatutnya ambil aku. Bila
kakak tu sampai dia tanya aku,

"Pergi naik apa? Kenapa tak tunggu?"

Maka aku citalah peristiwa yang sadis tu.... Ya Allah.. kakak tu
punyerlah gelak gila kat aku... Ishhh!!! Sungguh memalukan. Tapi itu
cerita 3tahun lepas... sekarang ni... Abang yang aku tumpang tu.. dah
jadi suami aku He..he..he..

Kekadang bila ingat balik.. ish.. malu sungguh. Suami aku pun kata
masa tu dia ingat aku nak rompak dia.... he..he.he.he. Aku pun tanya
Kenapa masa tu dia berenti kat depan rumah aku... Then.. dia kata
dia nak ambil beg duit kat seat belakang tu pasal dia berenti.
Tapi tau tau aku pulak yang masuk..... He..he..he..
sampai sekarang ni.. dia masih ejek aku lagi pasal perisitwa kurang tu...

Tapi kalau peristiwa tu tak berlaku. Maybe aku tak jumpa lagi suami
aku yang sowang ini? ihiks!!

So, moral daripada cerita ni : tumpang saja mana-mana balak yang ada kereta untung2
boleh buat laki.... miahahaaa

matlab programs for applied numerical method

click here

trip balik taiping

aku terkejut bila kawan aku kata dia nk blk pkl pkl 5pagi hari ni. aku dah terbayang2 kat mana aku nak sahur and solat subuh. x logik langsung laki ni... setelah agak lama aku argue dgn dia, dapat la aku lmbtkan sejam. pagi2 buta lagi dia and kawan dia terpacak kat depan blok aku. aduh... ngntuknya aku. terbayang2 katil 'empuk' kat dalam bilik aku tu. apa nk wat, raya setahun skali.
mula2 aku ingat aku sorang je ppuan sepanjang jalan nak balik taiping tu. tiba2 si A ni kata, dia dah ajak kawan kawan ppuan dia yg stdy kat uthm. ok la.. aku penumpang je, xkan nk bantah kot. dah ambk ppuan tu kat batu pahat, kereta 2 semakin sempit. barang dia, mak oii.. mcm dah x nk balik batu pahat dah. berimpit2 aku kat situ.
otw nk sampai kl, baru aku sedar, ppuan tu mcm ada affair je dgn si A ni. yg si B ni pulak, daripada tadi tdo kat sebelah aku. mulut dah tenganga2 dah. x senonoh betul la laki ni. tdo siap pakai sunnies lagi. haha..
sampai kat area klang, berhenti kat satu kedai moto ni. si A ni ada moto yg dia repair kat situ. wrna, x yah cakap la, hijau metallic. patut la dia punya helmet, glove, kasut n jacket warna hijau. aku pun tanya la hrga brng2 tu. helmet:RM470, jacket:RM200, kasut n glove: lupa nk tya. daripada situ, cuba la teka hrga moto tu sendiri. aku rasa mcm nk cepuk je dia ni. membazir sgt. x mampu aku nk trus tgk barang2 tu. sedekat kat ank2 yatim pun x pa.
sekarang ni aku tersekat kat klang, sebab ada lagi sorang kawan dia nk join balik skali. tp dia pun ada pa'el yg tersendiri. xpasal2 aku kena tgu kat sini sejam dah. dia nk hntr barang2 dia g sunway plk.. kalau la aku kenal bdak tu, mmg mati dia aku kerjakan. xtau dah nk ckp apa. aku pun trus bosan...

me and him

tiba2 teringat pulak kat 'kawan' lama aku. hari tu tersearch, dapat pulak. ada banyak benda fasal dia yg aku ingat. tapi x tahu lah nak luah dekat sape. dengar pulak lagu jika, memang mencurah2 air mata aku ni. memang aku yang salah, tapi bukan suma benda akan terjadi ikut kemahuan aku. hati orang pun bukan boleh aku ikat.
aku ingat lagi first time aku jumpa dia. lalu tepi kelas dia, nampak pulak budak ni. muka macam tak familiar tapi kenapa aku rasa macam kena pukau ni. masyuk betul. salah betul perasaan tu. aku pun terus la pergi lab. (lupa pulak ada kelas...). bila dah hbs kls, lalu pulak lagi kat situ. mata ni, nk melilau je. masalah betul... mana aku nak letak muka aku kalau budak kelas aku perasan aku asyik tengok kelas tu.
rehat! wow, masa yang aku nanti dari pagi tadi. adus...
perut ni dah macam2 lagu dia putar. segan aku nak duduk
sebelah orang lain. yg slack sket sekolah aku ni, queue x
nampak macam queue. semua orang saling bertolakkan
satu sama lain. x matured langsung. padahal makanan x
la sedap sangat. tapi selepas 10 minit mencuba, usaha aku
membuahkan hasil. ha... masalah sekarang pulak nak cari
tempat duduk. berdiri kat depan kantin tu, rasa macam
tengok tengok tebuan ramai2. masalah2....
cis... hari sabtu ada koQ pulak. malas betul nk pergi sekolah. apakan daya, kawan2 aku budah skema. tengah aku jalan2 ni, nmpak pulak budak tu. cool je.. apa la nama dia. segan nak tanya kat kawan aku ni. karang dia merapu pulak, habis aku. diam2 sudah. lama2 aku perasan, kawan aku yang sorang ni macam kenal je budak tu. xpe2. lain hari aku tanya. datang pulak budak kelas aku yang lain, show-off handphone baru. mentang2 lah ko anak cikgu...
kenapa orang x suka hari isnin? jawapannya, kena bangun awal and pergi kelas/ kerja. tapi aku suka je hari isnin. kenapa? hahaha.. sebab hari tu aku boleh jumpa kawan2 aku and bertukar gosip dan yang paling penting.... boleh aku ayat kawan aku pasal budak tu. kena cari ayat yang betul ni. kalau salah, boleh kena booo.. dengn berdebar2 hati aku ni, aku pun mulakan langkah pertama.



about me

Three names people call me:
1. habibah
2. bib
3. kak yong

Three Jobs I have had in my life:
1. student at UTM Skudai
2.cleaner(my own room) hehe...
3. secretary for KRU club


Three Places I have lived:
1. UTM Skudai
2. Pokok Assam, Taiping
3. Balik Pulau, Pulau Pinang

Three Favorite drinks:
1. hot milk tea
2. fresh orange
3. yogurt drink (yum..yum..)

Three TV Shows that I watch:
1. desperate housewives
2. supernatural
3. antm

People that call me regularly:
1. my family

2. my lil' brother

3. dearest friends

Three of my favorite foods:
1. big apple's donuts
2. yogurt
3. seafood tom yam

Three Things I am looking forward to:
1. mid sem holiday
2. sale
3. dinner at the orphanage


things that i will bring when i leave my room
1. my hobo bag
2. my handphone
3. money

songs that i really like
1. jika-melly n 'iduno'
2. dilemma-kelly roland
3. the saturdays-up




Followers